Monday, November 10, 2014

Empat Belas


Ingat lagi hampir sepuluh puluh tahun lepas, terpaksa pergi Klinik Kesihatan Bukit Payong untuk sahkan borang pemeriksaan kesihatan. Sebelum itu pemeriksaan dibuat di klinik swasta. Doktor yang periksa tak puas hati kerana katanya, tak perlu sebenarnya untuk sahkan pemeriksaan oleh doktor swasta.

"Semua staf perubatan adalah satu keluarga besar. Kita akan tolong satu sama lain dan saling memerlukan. Prosedur ini macam perkecilkan doktor swasta saja." 

"Yeah, doktor. Whatever!" Getus hati sebab perut sudah lapar lama menunggu giliran.

Sepuluh tahun kehadapan, apabila masyarakat Malaysia hanya ada dua cita-cita iaitu doktor dan artis, keluarga doktor ini jadi terlalu besar. Hingga melimpah. Tidak lagi ekslusif dan istimewa. Masing-masing mula pentingkan kemajuan karier sendiri. Tidak lagi rasa saling memerlukan.

Dengan kewujudan media sosial pula, situasi ini seperti tuang Povidone atas luka terbuka. Doktor berkejar-kejar luahkan rasa tidak puas hati dalam medium ini. Ditujukan untuk orang atasan, orang bawahan, malah kawan sepangkat. Semua tidak terlepas. 

Keluarga besar ini, dahulunya penuh dengan jargon dan eponim, kerana sifatnya yang ekslusif dan sulit, terbuka pekung. Orang awam mula tahu cacat cela mereka. Dan ambil peduli.

"Lousy houseman! Crappy MO! Cocky specialist!" Frasa yang dulu hanya meniti dibibir doktor-doktor, mula jadi zikir mulut orang awam. Tidak pelik jika HO dirundung kemurungan diherdik pesakit dan dicerca di Facebook sebelum hilang dalam aksi (missing-in-action), MO tidak mahu sambung kepakaran di hospital tertiary kerana dibambu di internet dan jadi pegawai kronik, dan pakar tertiris ke luar negara.

Hanya kerana masyarakat kita tergila-gila mahu jadi doktor dan artis.

1 comment:

mongue said...

welcome back brother.
peace be upon you