"Apa lagi fungsi kamera gedabak ni?" Keningnya berkerut tanda ingin tahu. Tapi bibir mulusnya mula mengukir senyuman.
"Banyak." Terik mentari yang tercegat di atas kepala ini tak terasa. Biarlah sesibuk manapun ia meratah kosong kulit ini.
"Seperti?" Tangannya makin erat merangkul lengan ini.
"Untuk pukul orang, penyendal pintu, pemberat kertas." Tawa kecilnya buat perjalanan menyusuri Pantai Pasir Panjang ini terasa singkat.
Mahu ini supaya tak akan habis.
1 comment:
Our song! =)
(Apa beza mat rempit kL dgn mat rempit teganu.... =p)
Post a Comment