Friday, November 13, 2015

Lapan Belas

Periksa pesakit yang lebam di tangan. Katanya dipukul suami. Untuk buat x-ray tak dapat kerana perutnya berisi. Katanya mahu cepat pergi mahkamah untuk urusan seterusnya. Dengan mata berkaca disoal,

"Betul ke tindakan saya ni?"

Tarik nafas dalam.

"Betul atau tidak sesuatu keputusan kita relatif. Ada masa kita rasa lega dengan keputusan kita. Tapi akan ada masa kita rasa menyesal. Ia berubah bersama dengan kita. Yang perlu buat adalah tawakkal."

"Terima kasih," senyuman dilontar sebelum bingkas bangun.

Sambil tulis dengan comot di kad rawatan, kepala ligat mengulang kembali segala keputusan yang pernah dibuat. Ada yang suka dan ada yang rasa mahu patah balik masa untuk ubah. Dengan keputusan yang dibuat, juga ada yang gembira tapi banyak sekeliling yang kecewa.

Tapi ada satu keputusan yang tak pernah disesali dahulu hingga saat ini. Juga untuk selamanya.

DSCF0155
Mereka.

No comments: