Tuesday, February 10, 2015

Tujuh Belas



Tiba-tiba kereta bergegar selepas terlanggar batu dan kayu yang bertaburan atas jalan. Bukit Khor masih lagi gelap dengan sekali-sekali kereta melintas. Buka lampu kecemasan sebelum berhenti di bahu jalan. Angin sejuk menghembus saat pintu kereta dibuka. Tayar pancit rupanya.

Tiap kali melihat orang tepi jalan mandi peluh tukar tayar yang pancit tak pernah rasa apa-apa. Apabila sendiri baru merasa betapa kecewa rasanya. Baju baru digosok separuh hati lenjun bermandi peluh. Hamis sudah melawan air wangi yang disembur sebelum bergerak tadi. Hanya harap tiada yang mahu merompak sahaja pagi-pagi macam ini.

Begitu juga dengan segala yang lain dalam kehidupan. Selagi sendiri tidak merasa perit orang lain, sendiri akan sentiasa bongkak. Atau langsung tidak faham.

No comments: