Monday, December 5, 2011

Jumpa Lagi Walau Entah Bila

PICT0016
PICT0012
PICT0008

Di KLIA, turun ke kereta untuk ambil token parking selepas tertinggal itu. Terserempak dengan sekumpulan warga asing kulit hitam. Dalam hati timbul rasa gerun. Pilih lif lain untuk naik semula. Di kiosk pembayaran, buka dompet, hanya ada duit besar. Pusing sekeliling, ada sekumpulan warga asing kulit hitam tadi. Gigihkan diri juga bertanya, "Hi guys, do you have any change?" Kaki sudah siap kuda-kuda untuk berlari jika ada apa-apa. Tapi yang mereka buat adalah berebut mahu hulurkan duit RM10 tapi sekerasnya menolak untuk terima duit besar. Sekelumit dalam hati berbisik, "Yes! Bow to the bos, bitches!" Tapi terus saja rasa bersalah membunuh ego yang bodoh sombong itu kerana prasangka buruk pada awal tadi.

Jumpa pula dengan kawan-kawan yang hampir 5 bulan tak ketemu. Kagum dengan kemeriahan hidup mereka samada peribadi mahupun kerja. Rasanya dahulu apabila buat pilihan untuk merantau jauh, beranggapan dapat merasai kemeriahan sebegitu juga. Malah lebih lagi. Namun, selepas berbulan-bulan, yang ada hanya rasa yang buat-buat. 

Cuba untuk meriahkan hati dengan jumpa dengan keluarga. Namun, mereka seperti tidak faham. Mereka memang tidak faham pun selama ini. Ah, nyah semua ini! Hidup mesti terus walau dengan hati kosong namun berat. Turun di Stesen LRT Melawati untuk mula merantau semula. Seperti ritual selama ini, bersalam dan cium tangan mak. Tapi kali ini sebelum beredar, tangan digenggam erat dan mata direnung lama.

Shit! Tanggapan memang tak semuanya selari dengan hakikat sebenar.

2 comments:

you know who said...

aku tunggu ko tukar ke hkl.

kekunang said...

ok...situasi ...sama...T_T