Friday, October 8, 2010

Hari Yang Dipenuhi Kemalasan Melampau Hingga Untuk Berjalan Ke Peti Sejuk Untuk Minum Air Pun Memerlukan Kudrat Yang Dahsyat

CNV000023

Berborak dengan Apos selepas dia jadi selebriti di kalangan anon-anon. Baru tahu ada blog pelajar-pelajar tahun satu. Melawat ke situ sekejap sebelum perasan ada pautan ke blog ini dengan tajuk 'Bro Zaheer'. Agak suka dengan penggunaan nama sebenar cuma tidak selesa tekak dengan panggilan Bro.

Selalu terfikir kenapa Bro diletak di depan nama sebenar. Tak bolehkah panggil saudara atau encik sahaja? Panggil nama sahaja pun tak mengapa. Kenapa fanatik untuk pakai itu? Mungkin benar retoriknya untuk tunjukkan kita saudara seagama. Namun, tak samakah dengan mat-mat hip-hop yang panggil kawan-kawan mereka, "Watcha doing, bro? Humpin' hoes?"

Lebih pelik lagi apabila Sis digunakan untuk panggil gadis-gadis. Tak samakah dengan panggilan untuk biarawati Kristian?

Dalam kegilaan untuk kaitkan semua benda dengan unsur-unsur jahat seperti isu tudung yang dipakai gadis-gadis sekarang yang menyerupai pakaian rahib yang panas di Facebook atau isu logo Croc yang serupa dengan kalimah Allah, macam mana mereka boleh terlepas dengan perkara ini?

Mungkin sebab kita hanya kritis dengan sesetengah perkara sahaja - perkara yang kita mahu untuk jadi salah dan mahu orang lain setuju dengan kita. Jika ada yang tak setuju, pakai saja alasan agama. Jual ubat pun laku kalau pakai itu. Siap boleh masuk Berita Utama TV3 lagi.

Tak perlulah untuk ungkit isu Freemason di sini.

5 comments:

bUdAk KaJaNg said...

Panggilan 'Bro' hanye lah sebagai tande respect junior kpde senior..pade sy, kalo pggil name shje dan bhsa kan diri 'kau aku' dgn super senior, agk kurg sopan, ape ntah lagi baru kenal dan kenal pun hanye melalui laman social..

andai kate para junior paggil dgn panggilan 'saudara zaheer' ataupun 'En. Zaheer'....hmm..rase nye skema giler tu...

nway, itu hnaye pendpt sy, tak setuju pun takpe..sorry..no offence ya saudara zaheer ;)

aw3rz said...

Encik Zaheer pun ok apa. Haha.

HafizJaafar said...

BRO AWERZ ni saje je nak bahan mereka-mereka yang anggap ketupat tu pun sebagai satu alat freemason, takkan la sampai hati nak marah2 jr yg disayangi =)...
tapi kalau panggil ABANG ZAHEER pun cute gak...hahaha

bUdAk KaJaNg said...

abang zaheer?...ha3..takde makne nye..rase nye bukan anak tekak je yg tak selesa, takut muntah hijau pulak jadi nye...

takpe la, korg pun nati dh nak jadi dctor pun..pasni bole la pggil dgn gelaran Dr.....senang cerita..hu2

aw3rz said...

Kalau panggil Abang Zaheer boleh buat scaling dan tampal gigi yang berlubang ni. Tapi perlu sedut muntah hijau dulu la. Haha.