Saturday, October 9, 2010

Walau Apa Yang Penting Iaitu Kerjasama Tidak Ada Namun Perlu Sentiasa Sabar Kerana Kita Merancang Namun Yang Tentukannya Adalah Yang Maha Mengasihani

Selepas di bambu kerana otak masih sejuk, singgah sebentar ke fakulti untuk lihat gadis-gadis cantik dengan senyuman menarik. Sangat kagum melihat jumlah yang hadir. Sangat meriah.

DSC_2530

Memang benar hakikat yang tidak banyak program dianjurkan selama ini. Jika ada pun, kemeriahannya tidak ada. Hambar dan mengecewakan. Terutama Pesta Konvo di Nilai tempoh hari. Tapi untuk kali ini, boleh dikatakan ia satu perkembangan yang positif.

DSC_2607
DSC_2585
DSC_2578

Biarpun nampak main-main dengan pengisian yang mungkin akan dipandang enteng kerana tidak serius, namun program-program seperti ini yang buat pelajar-pelajar rasa berada di bawah naungan satu institusi. Dengan rasa ini saja, baru rasa tanggungjawab kepada institusi itu timbul. Namun, samada rasa tanggungjawab itu akan terus kekal atau tidak, itu perihal lain.

DSC_2606
DSC_2602

Selagi masih awal, memang patut untuk semua sertai program-program seperti ini. Guna peluang ini untuk habiskan masa bersama kawan-kawan. Jika sudah jadi super senior, ada tanggungjawab sosial lain yang perlu dilaksanakan. Tak punya masa lagi untuk sama-sama bergelak tawa. Yang terkedek-kedek turut serta walau rasa seperti berasa di tempat asing hanya mereka yang tak bertanggungjawab tiada tanggungjawab lain lagi.

DSC_2633

Jadi, tahniah untuk penganjur dan semua yang sanggup tangguh untuk berjumpa kekasih agar dapat hadir.

DSC_2632

3 comments:

merlin maniac said...

salam.
saya sgt stuju dgn entri a.awe kali ini. alhamdulillah sbb stlh komuniti biro hasanah bertungkus lumus selama 3 mgu(bermakna : study pn ntah kemane da..huhu)....akhirnya program 3s smlm mdpt smbutan.

saya rs, ape yg lebih membuatkan ramai hadir sbb kite memberi mereka peluang membuat jualan pada hari tu. di samping masing2 ingin mnambahkan pendapatan sama ade utk simpanan diri sendiri ataupun utk kegunaan batch.

tq for seniors yg dtg memeriahkan lg majlis =)

im said...

pertandingan dikir barat nampak macam best... ade video x? haha

HafizJaafar said...

susunan aturcara yang berkesan untuk tarik orang datang..walaupun ramai juga yang berat punggung dan lebih suka terlentang daripada datang...tahniah penganjur!!