Tuesday, July 3, 2012

DSCF0315
DSCF0035
DSCF0138

Ingat lagi apabila tiba di Kuching hampir setahun lepas. Berbaju kemeja tapi mengusung beg Deuter besar seperti mahu daki Gunung Santubong. Tercengang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tak tahu hala tuju. Dan segalanya baru.

"Kitak maok pergi sine?" tanya pemandu teksi. Shit. Slanga pun baru.

Tidak seperti hubungan-hubungan lepas yang boleh diputuskan saja kalau rasa bosan, kehidupan baru ini malangnya perlu diteruskan jua walaupun pahit. Saban hari bangun sebelum ayam berkokok dan hanya pulang apabila hantu sudah selesai sembunyikan budak nakal yang main hingga lewat petang. Tak lengkap hari juga jika tak dijerkah oleh yang berpangkat besar atau yang lebih kecil. Celaka. Masa cuti yang singkat dipenuhi tidur yang tak pernah rasa cukup.

Namun, walaupun baju berbau peluh, kot putih terpercik darah, bahu lenguh tarik retractor dan kepala pening memikirkan buku log masih tak ditandatangan, masih sempat rasa gembira  dan ringan apabila ada pesakit ucap terima kasih kerana dapat pulang ke rumah tanpa ada apa-apa masalah. Terutama kalau dari gadis-gadis yang eksotik.

1 comment:

mongue said...

Its good to see you're taking pictures again.