Friday, August 19, 2011

Telefon Sudah Mula Dipenuhi Dengan Ulser Yang Tak Terucap Keadaannya, Luka Yang Dahsyat Hingga Nampak Tulang Dan Segala Alatan Untuk Betulkan Tulang

Dengan semangat, telah isi borang penempatan dengan turutan berikut - Hospital Umum Sarawak, Hospital Tunku Nur Zahirah dan Hospital Sungai Petani. Namun 7 bulan seterusnya, apabila sampai ke kawasan hospital yang terletak 902.34km dari kampung halaman, tepuk dahi kerana menggatal tulis nama hospital ini pun tak ada guna.

Sampai di lapangan terbang, terkedek-kedek menggalas beg naik gunung tapi berkemeja untuk lapor diri ke hospital sebelum tahu bahawa tiada penempatan disediakan. Terpaksa tumpang letak beg di pondok pengawal lalulintas sebelum pindahkan ke bangunan bekas asrama pelatih siswazah. Hari pertama ada berpuluh keping borang perlu diisi dan berpuluh lagi dokumen perlu dibuat salinan. Telah diperuntukkan 4 hari untuk uruskan segala dokumen sebelum mula lapor diri ke jabatan yang ditetapkan. Selama empat hari tersebut juga ada penerangan tentang keselamatan, gaji, perjalanan program latihan siswazah serta satu hari untuk attachment di makmal perubatan. Dan semasa empat hari tersebut ini juga baru tahu setelah menamatkan program dua tahun ini, semua pegawai akan dihantar ke pusat-pusat kesihatan daerah paling minimum setahun. Sebarang pemohonan perpindahan tak akan dilayan. Tepuk dahi orang lain pun tak mampu panggil Marty McFly dengan kereta Deloreannya.


Habis hari pertama, buntu mahu bermalam di mana. Ada motel murah betul-betul sebelah hospital. Rancangan awal untuk tinggal di situ dahulu. Namun ada saudara jauh, teramat jauh dan tak pernah jumpa ajak tinggal di pejabatnya untuk beberapa hari. Mana mungkin sanggup susahkan orang untuk hantar dan ambil tiap pagi dan petang. Lalu nekad pusing-pusing sekitar hospital tiap ada masa terluang mencari rumah atau bilik sewa sebelum jumpa bilik yang sesuai bersebelahan hospital. RM570 sebulan termasuk penghawa dingin, pemanas air dan bil. Untuk sementara waktu hingga habis tagging dan dapat kereta, cukup saja bilik ini.

Di penghujung hari keempat, sudah tahu turutan jabatan yang akan ditugaskan - Ortopedik, Perubatan Dalaman, Perbidanan dan Sakit Puan, Pembedahan, Paediatrik dan Kecemasan/Bius. Juga diberi kad ketip dan pas dengan nama yang kelakar.


Walau perit jerih sampai ke tempat orang tanpa sebarang persediaan, tapi orang di sini setakat ini semuanya sangat baik dan banyak membantu tidak kira dari pengawal keselamatan, staf sokongan dan rakan sejawat lain. Kerana teksi di sini mahal, pakcik yang kali pertama jumpa pun sanggup tumpangkan untuk pulang dari Pejabat Imigresen. Hiba dengan kebaikan orang di negeri asing ini.

Pengajaran untuk seminggu tersebut adalah perlu bersedia awal untuk menghadapi segala yang tak pasti. Untuk rujukan, berikut adalah dokumen yang perlu disediakan semasa melapor diri. Lebih baik untuk disediakan sebelum induksi lagi jika boleh.
  1. 6 salinan IC
  2. 4 salinan surat tawaran SPA, KKM dan JKN
  3. 4 salinan borang Terima Tawaran
  4. Pendaftaran KWSP
  5. Pendaftaran Hasil
  6. Salinan buku akaun/penyata akaun
  7. 10 keping gambar pasport
  8. 2 salinan borang Tapisan Keselamatan
  9. 2 salinan Sijil Pendaftaran Sementara
  10. 2 salinan Ijazah
  11. 2 salinan IC ibubapa (untuk pengesahan Elaun Perumahan Wilayah)
  12. 2 salinan muka depan Dokumen Perjalanan Sementara (jika bertugas di Sabah/Sarawak)
Maka bermula selepas itu hari-hari yang dipenuhi dengan kepenatan dan baju yang tak berbasuh dan perasan jahil teramat sangat dan rasa menyesal ambik bidang ini. Kalau kerja kerani, senang saja masuk pukul 8 balik pukul 5 dan di antaranya melayari Facebook.

Tapi duduk jauh ini bagus juga. Baru tahu betapa orang sayang kepada kita. *gelak*

6 comments:

sepi said...

Bestnya =)

Najmee said...

Oh Em Gee!

Seriously?

Just having a thought of doing things
that you'd done... before reading
this entry.

Now, let see, FPQS do sound fun, no?
(Or jadi kerani, SPM pun cukup right?)

Kana said...

owh...ada org sayang ker? huhu

imyahus said...

1. ok, sekarang baru aku paham nape kat fb ko selalu sebut "hi, nama saya ahmad"..haha

2. tu la, menggatal sangat letak kuching sape suruh, kalo mintak ganu cam aku kan senang.. at least aku ade kawan nak ngumpat2 n gelak2 cam mase blaja dulu..haha

3. ntah camne la ko ni, dah org ganu, nama hospital pun main tembak je.. hospital sultanah nur zahirah la, bukan tunku..haish

bUdAk KaJaNg said...

err..bukan kerani jer yg kerja 8-5...n setiap pekrjaan ada kesusahan nya tersendiri.. kerani juga begitu..

amru said...

setuju gile ngan statement last ko. jom amek lesen scuba diving dekat pulau mabul sinih