Thursday, October 14, 2010

Budak Cenonet Bergolek-golek Keriangan Bersama Seluar Belang-belang Sudah Mahu Pulang - Mahu Goreng Nugget Mana Pula Lepas Ini?

CNV000011

Ada cahaya terang di kejauhan. Dua bidadari nan wangi sedang apit kiri dan kanan. Lalu tertanya-tanya, adakah ini alam kayangan?

Namun, lamunan terhenti apabila tersedak air liur penuhi mulut sebelum disedut. Kesunyian yang disangka ketenangan kayangan dirodok bunyi pelbagai mesin. Telinga berdesing mengiringi ngilu apabila karang gigi dikikis-kikis agar hilang.

Namun, apabila semua berakhir, rasa nyaman selepas hujan menjengah. Owh, mungkin itu rasa krim untuk kurangkan kesat gigi.

Haish. Perlu gosok gigi dengan lebih efisien selepas ini.

Atau boleh diapit bidadari-bidadari lagi nanti.

1 comment:

aFiQaH said...

owh, bererti, sudah curang dgn din kah? :P