Exam buat aku fikir yang sesat-sesat saja.
Tak pernah tahu mahu jadi apa. Tengok polis, mahu jadi yang dikejar polis. Sangat cool dikejar macam dalam mimpi aku tiap-tiap malam. Tengok orang gesek biola, sangat mahu belajar alat muzik tapi tak pernah lagi sentuh gitar Jamil lepas tahu jari ini sangat keras dan telinga ini yang buta nota muzik. Baca blog pengarah-pengarah filem, mahu jadi fanatik dengan filem-filem yang diharam propaganda seperti laman-laman sosial yang disekat aksesnya tapi masih ada ruang luas untuk aksi masuk dan keluar, masuk dan keluar diiring ketapan gigi dan hembusan nafas puas . Tengok jurugambar-jurugambar, mahu ada kenalan-kenalan gadis chantek dengan dada comel yang malu-malu mengintai dari senteng kain. Baca hasil-hasil Aie, terasa sangat menyampah dengan perokok yang perasan macho. Mahu sahaja pegi bisik dengan kuat di telinga mereka betapa bodoh tak sayangkan zuriat.
Tapi, mana mungkin untuk aku tinggalkan Lingkungan Selamat aku semata-mata orang bodoh yang tak mahu ada stoking-stoking hijau kecil comel dalam bakul dobi. Sama seperti Makcik Berlitup yang selitkan surat nasihat di bawah pinggan alas roti canai aku di Temeloh dulu kerana melihat kami yang tidak mungkin menjerit dumbfuck! di telinga beliau. Aku meragui beliau pernah berbisik atau menepuk bahu mat-mat rempit yang terang-terangan membeli Guinness di 7-Eleven atau budak-budak sekolah yang bersenggama di pondok Taman Kayangan menjelang maghrib. Pasti seranah sumpah tanda terima kasih diberi.
Pelik kenapa hanya boleh buat sesuatu di Lingkungan Selamat, itupun baling batu dan sembunyikan tangan sambil bersiul tidak tahu. Dan terus ulang perkara sama tapi tak pernah ambil inisiatif untuk pegang tangan, ajak duduk, terangkan satu-satu biar tahu, jawab semua skeptism oleh hati-hati gelap itu, dan dapatkan penghormatan dari mereka - dengan cara lain yang berhasil dan tidak basi dan menyampah (pernah ada, tapi malangnya bukan dari golongan kamu). Bila dibisik itu, terus dikata yang asing akan terus asing. Memang. Salah kamu sendiri!
Dan, aku masih mahu berkenalan dengan gadis-gadis chantek dengan dada comel yang mengintai malu-malu dari senteng kain. Mahu kenal dengan I? Nanti kita cakap yang tak senonoh-senonoh sahaja, ye.
11 comments:
awe pervy!!!.. haha, semua laki camtu, yg tak retard la... anyway, sape Aie?
isu xhbs lgi...hahaha..
ataghfirullah! mengucap, awe, mengucap. lingkungan plg selamat di sisi Allah.
cis, ade org gune akaun aku utk post comment kt atas ni.
anyway, ok la makcik temerloh tu tegur org2 yg dia rs keras ati mcm ko (dan aku).
tp, klu ko terase ati sgt, berubah la. klu tanak, pedulikan je. jd la mcm aku. muahaha (jatuh blk saham aku).
im-wahaha. macam ko tak pervy
apos-actually ni aku scheduled kan untuk publish semalam. aku pun dah terlupe bile tules.haha.so, sedikit basi.
sop-tade jauh sangat pun beze mase identity thief dan yang ko tules. nak baling batu dan sembunyi belakang orang pulak? haha. saje je teringat tuh. funny.
hahahaha. aw3rz. that really speaks your true character. a real perv, thats it.
pasni aku pon nk jd mokcik yg tinggalkan note bwh pinggan carl's jr burger, saying....
'..awe, nk lagi satu...?'
mokchique - *sigh* our girls are getting desperate for companionship.
cis, ade org gune akaun aku utk post comment kt atas ni lagi!
mongue-tape.aku rahsiekan our common interest dari qilah kay *wink*
mokcik-errr.ko nak berkenalan dgn aku ke?cukup syarat?
sop-wohoho.don't be too honest cop.ko dah musnahkan ego derang
ucop musnahkan ego wanita....perghh!!
Post a Comment