Sunday, April 19, 2009

.

Singgah di KLIBF, di mana penjaga kubikel yang menjual semua jenis buku tidak berganjak dari mula Maghrib hingga hilang fajar (ya, semua buku dari komik picisan hingga buku agama). Sempat membelek-belek majalah NatGeo keluaran 1984. Ada iklan Toyota Corolla yang masih berpetak. Ada juga iklan DSLR professional Olympus yang masih 5 megapixel pada muka belakang majalah keluaran 1995 (aku tak katakan lagi banyak megapixel lagi bagus). Teknologi memang banyak berubah. Ia juga merubah.

DSC_7380

Aku tulis blog ini mulanya untuk buat blogger profile supaya dapat tinggalkan komentar di blog-blog lain. Kemudian, aku rasa mahu berkongsi cerita dengan yang separuh hidup aku. Tapi, bila itu ranap di tengah jalan, aku hanya mahu satu escapism untuk lupakan itu semua. Lalu aku buat entri-entri untuk hiburkan kawan-kawan. Tapi kerana wujud manusia yang tak mahu berakal, aku tulis ideologi-ideologi sesat aku supaya mereka tersedar. Seperti kata Pecok, sinis hanya mengundang salah faham. Setuju. Lebih-lebih lagi jika yang membacanya full retard yang takkan faham entri ini, apatah lagi untuk menang Oscar.

DSC_6976

Teknologi berubah. Dan merubah. Semua membuka pekung di dada bila lemas dalam alam maya ini. Yang malu, hilang aibnya. Yang berani, makin lancang mulutnya. Dan yang bodoh, terus nyata kebodohannya. Aku antara mereka. Aku tak mahu hilang kawan-kawan yang makin nipis jumlahnya kerana kebangsatan perubahan dek teknologi ini. Aku mahu mereka terus ada.

DSC_6966

Jadi aku tutup blog ini. Terima kasih semua.
.