Photoshop sangat hebat. Tersangat hebat. Jadi saya ingin berkongsi satu tips mudah yang perlu setiap orang untuk tahu ketika menggunakan aplikasi tersebut. Tidak kira untuk kepuasan hati sendiri atau untuk dimasukkan ke dalam terbitan mana-mana organisasi.
1. Buka gambar anda
2. Tekan Ctrl (atau Command dalam Mac) + A untuk pilih gambar anda
3. Tekan Ctrl (atau Command dalam Mac) + T untuk pilih free transform. Nanti akan ada garisan putus-putus sekitar gambar anda.
4. Sambil tekan Shift, tarik satu bucu gambar anda untuk jadi saiz yang anda kehendaki.
5. SAYA MAHU ULANG INI. SILA TEKAN SHIFT YANG TIDAK DICIPTA HANYA UNTUK PERHIASAN ITU sambil tarik satu bucu gambar anda untuk jadi saiz yang anda kehendaki.
6. SAYA TETAP MAHU ULANG INI. SILA TEKAN BUTANG SHIFT YANG ADA DI DUA-DUA BELAH PAPAN KEKUNCI ANDA ITU DAN BUKAN TERLETAK DI THAILAND ATAUPUN DI KANADA YANG MEMAKSA ANDA BELI TIKET KAPAL TERBANG DAN HABISKAN BERIBU RINGGIT DAN AKHIRNYA ANDA TERPAKSA GANTUNG DIRI KERANA HUTANG KELILING PINGGANG sambil tarik satu bucu gambar anda untuk jadi saiz yang anda kehendaki.
7. Hasilnya anda akan dapat gambar yang masih mengekalkan ratio gambar anda. Jadi tidak sia-sia gambar yang anda ambil dengan kamera yang anda beli berjuta dan habiskan masa beratus-ratus jam untuk belajar supaya dedahan yang sesuai dicapai. Anda juga tidak perlu risau jika anda nampak sangat gemuk dan penyet kerana ratio gambar anda sudah berubah dan anda terpaksa habiskan masa sejuta tahun bertapa di bawah pohon Bo untuk selesaikan masalah tersebut.
8. Kemudian anda boleh letakkan di mana-mana risalah atau terbitan yang anda kehendaki tanpa kelihatan seperti dihasilkan ketika sembelit atau tengah bergayut dengan teman yang anda rasa akan habiskan hayat anda bersamanya dan habiskan jutaan ringgit untuknya padahal esok anda sudah putuskan hubungan dengannya.
9. Seterusnya anda cetak dan edarkan hasil usaha dan penat lelah jari anda untuk TEKAN BUTANG SHIFT tersebut kepada orang ramai tanpa buat orang ramai rasa terhina dan tidak dihargai sumbangannya sedangkan mereka boleh kenakan bayaran yang setimpal untuk apa yang diberi mereka.
10. Anda kemudian dengan senang hati menerima pujian yang diterima dan terus mencadangkan untuk ampaian baju diberikan setelah penat membuat tuntutan selama bertahun hingga sampai ke pihak atasan sedangkan banyak lagi perkara serius dan menyumbang kepada keharmonian warga di Gaza perlu dibincangkan.
Sekian sahaja sedikit tips saya untuk kali ini. Oh ya. Tips ini juga boleh digunakan ketika mengendalikan gambar atau apa-apa imej di mana-mana aplikasi seperti Word atau Paint.
Terima kasih.
12 comments:
Ah...itu ke guna butang Shift tu? Padan la ia ada di keyboard aku...
haha, kali ni, sekali bace je aku dah paham post ko.
ni tensyen sbb pe ni?mcm tertekan je
Haha. Aku faham. Aku cadangkan kalau tiada button shift, sila resize gambar dgn kekalkan proportion @ aspect ratio.
Chill out bro. We are students of integrity. Gah.
jatak- a ah
sop-tahni-ah
jepah-tertekan sebab tiada gadis comey di tampin. kemudian dihambur dengan kejelikan oleh org sendiri
mongue-konsep utk maintain proportion la yand in d 1st place membawe kepade kejelikan tu. dan aku tak paham kenape kene letak gambo kartun pakai serban seme tu yang pernah derang pakai untuk setiap objek derang buat dan bagi kat orang lain. tu ke integriti?
budak itu sgt cumel..
terang jelas dan nyata...kesimpulan mudah...awe masih panas..dgn sape, itu pk sndri..tp bab gyut mmg cm direct jek...
aboolina-yep.budak tu sangat comey.sangat bising.tapi bile nak cucuk twus senyap.hihi.sorry for the siku tapi misi tu baik.
apos-aku wat abstract sangat tak paham.amek ko aku cakap terang2.tapi ape yang direct pasal gayut tuh?
tetbe aku rs bsalah plak mengeluarkan kenyataan siku
gayut = dlm kete....
ko ade je isu..
aboo-tape.no hal la.asalkan misi tu tak tau ko kutuk die punye siku.hehehe
apos-owh.tak tau sejelas itu.walaupunaku tak maksud kan itu.hopefully tak mati atau ade brain damage sebab carbon monoxide poisoning la.ke mmg nak itu?
sop-eleh.macam ye takde
Post a Comment