Thursday, March 26, 2009

Mual

Balik dari Tampin, aku dialunkan dengan gubahan-gubahan muzik memuji Ilahi. Kali terakhir aku dengar lagu-lagu sebegitu lebih dari 30 saat, agaknya 5 tahun lepas - ketika nasyid berada di kemuncak ketika itu, rasanya.

DSCF0351
Tika tanpa isu - langsung.

Ada ratusan lagu baru aku dengar ketika itu. Tapi, umpama Acer yang hanya tahu bikin komputer riba dengan banyak, tapi tak sampai setahun sudah ada beribu masalah, begitu juga mereka yang konon-kononnya mahu mengajak yang sesat ke aliran yang lurus, dan yang suci murni terus buta dan tuli dari kekotoran.

DSC_5367

Lagu-lagu tangkap lentok sambil menyelitkan nama Ilahi yang jutaan jumlahnya mula membingitkan telinga. Muzik-muzik yang fasik sudah berani dilabel nasyid - rock, pop, dan paling hina, dangdut - kononnya kontemporari. Jaguh-jaguh nasyid pula diangkat jika tinggalkan jauh irama padang pasir. Yang hati kotor, dan tingkah laku bongok disanjung kerana perjuangan yang konon untuk menasihati. Huh, mungkin tidak mampu untuk ada cermin.

DSC_6191
A ah. Mereka tiada cermin.

Aku sudah rasa tak peduli akan yang sepatutnya menguatkan jiwa, tapi hanya meluluhkan hati yang sepatutnya syadid - kemudian tinggalkan mereka di awang-awangan sebelum terus terpesong, jauh dan hina. Tiada beza kesannya dangan pemuzik-pemuzik yang digilai mereka yang gelap hati.

DSC_5447
Yang digilai.

Mungkin sudah ada kebangkitan dan pembersihan sepanjang ketidakhadiran aku dalam suasana itu. Tapi aku tetap akan tidak hadir ke situ. Aku sudah tak peduli.

DSC_6006
Yang digilai 2.

Mungkin kalau aku tidak lena sepanjang perjalanan, aku akan hidupkan Oren Mungil aku untuk didodoi Serj Tankian atau Yuna. Owh, Yuna. Nyam nyam (lagunya sahaja).

DSC_5397
Yang di-dodoi?

18 comments:

Anonymous said...

haaah. (bunyi aku tarik nafas panjang)


assalamualaikum,
kami MUADZ,

=)

LightsOfHope said...

is that really u in the 1st pic? r u singing?

Sop said...

waaah, saham aku naik lagi.

nasyid mmg dh bynk terpesong jauh dr matlamat yg asal. raihan je yg mampu menawan jiwa aku (tp zaman nazrey je la).

nasyid omputeh gak yg masih maintain walaupun ade yg bwk irama rap tapi rap ketuhanan. sgt sedap.

Jamil said...

Alahai...siap la lepas ni. Ada la yang mula nak cari aku tanya pasal concert unplugged

imyahus said...

aku pun dah makin tak tahu nasyid yg baru2 ni.dulu ikut jugak la kan (mase tu jiwa kuat lagi)... tapi walau pun begitu, aku masih meminati nasyid, cuma bukan konsep yg sekarang la...

rindu pada lagu Nada Murni dan Raihan (old version nye) (^_^)

aw3rz said...

mongue-haha.tade plak nak letak ikim.fm nye?haha

lights-a ah.gambo lame tu.men tangkap muat je.sekarang kalu nak suruh agi, sori.haha

sop-aku tak dengar la nasyid omputeh.tapi raihan, hijjaz, rabbani tu la yang aku pernah suke.skrang dah tak tau dah pe lagu2 baru derang. tak menat

jamil-wahaha.kalu ade orang soh ko wat unplugged, aku kene dapat komisyen la. bahagian promosi kan.haha

imyahus-aku pernah dgr qatrunnada' yang dari jordan tu. album ye siap ade gambo abuya agi.haha.tapi lagu bes2 la.

erlinahmad said...

Aku tgk title 'mual', igt pe la td...
Aku pn dh jrg2 dgr nasyid gk.. 5 years back, aku mmg hafal byk lagu~
Skrg.....

Unwitting Self said...

Aku rase Raihan je yg still best..but like usop said,time Nazrey ade yg plg best skali

azaHmaeL said...

unwitting self, betul kate kamu. saya suke raihan je. yang lain tataw pun akan kewujudan lagu lagu mereka huhhu

ucop: kagum tido dengan spec hehehe

Anonymous said...

aku dipaksa dengan nasyid time skola...

tp xkesah pon..aku xpduli genre pe pon..asal aku rs best..

tp lgu yuna mmg best...(walaupn tuan dia xbest)....~oh bulann...~~

Anonymous said...

To azahmael - ucop pernah tido time tgh makan biskut. so, biskut tu stay kat mulut dia time dia tido.

badut la ko ni ucop. Haha =P

aw3rz said...

elin-tape.aku paham.aku tak pernah hapal pun lagu2 tu.kalu hapal dah tak ingat dah.cume ingat yang dah di-parody kan.

unwitting-uhuk2

azah-hehe.ucop mmg power

mongue-jgn la cite dowh.aku tgh nak up kan ucop nih.haha

Sop said...

mongue - bedebah ko mongue. aku xpenah citer kt org psl time ko tido yg lipas hinggap kt bibir smpi berkudis.

eh, oops.

azahmael - tido dgn spec ni trend baru yg diasaskn oleh yb elizabeth wong.

hahaha.

mongue said...

hahahahahaha.

ko ni badut la ucop. hahahahaha.

weh, beware, cybercop is watching.

Unknown said...

apa yang kamu buat kat atas pentas tu hah???

aw3rz said...

sop-haha.isu la ko ngan elizabeth wong yang tak menarik langsung tu. yang laki melayu tu pun bute.

mongue-cybercop jopun yang kuor senjate2 ikut pokok dan pemadam api tu ke?

wan-haha. tu zaman aku masih suci dari kejahatan dunie tu. aku nyanyi nasyid tu.wahaha.

syassakii said...

kongga(betul ke eja mcm ni?) kat belakang tu sape yang main?

aw3rz said...

syassaki-tak ingat la sape main tu.maybe perhiasan saja kot.