Wednesday, March 18, 2009

Kebah

Ingat bila teman sebelah berbisik,

"Masa berlalu dan kita akan kebah." Itu tidak mungkin berlaku. Tetap akan ada sisa-sisa yang tak mungkin kita kikis. Masa memang berlalu tapi ia timbunkan atas sisa-sisa itu kejelikan. Kita mahu sangat-sangat mahu capai dan buang semua itu.




Jelik dengan orang yang ada tiga atau empat nombor telefon dan masih tidak berhenti untuk cukupkan had sepuluh nombor untuk satu kad pengenalan. Jika setiap nombor dapat dihubungi mungkin tidak timbul kejelikan ini tapi bila saat cemas, dan perlu dihubungi dengan cepat, dan yang menjawabnya gadis operator, mungkin sebelah hemisfera bunyi sudah hancur jika tidak kerana Son Goku dalam komik sejuta tahun cahaya lebih baik daripada filem barat itu yang tiada identiti (ya saya, tak nampak kaitan di situ). Tidak pernah terasa beban untuk ada lebihan yang tidak dgunakan? Jika mahu sepuluh nombor, sila pakai sepuluh telefon bimbit dan kendongnya hingga ke kubur. Tolong.


Jelik pula, bila masa berlalu, apa yang sepatutnya dicipta untuk umum, dihadkan siapa yang boleh melihatnya. Internet adalah tempat awam. Jika mahu berahsia, dan hanya mahu sesetengah pihak sahaja untuk melihatnya, sila gunakan pos laju atau tulis dalam buku nota dihiasi rambu-rambu merah jambu dan ada kesan tumpahan kopi tiga tahun lepas yang anda tidak mahu bersihkan atau mungkin kesan hingus anda yang meleleh sedih kerana pasangan anda tinggalkan anda setelah habis harta pusaka moyang anda dihabiskan untuk pasangan anda itu. Tidak perlu anda bersusah payah untuk mencipta nama samaran dan memerah otak untuk mencipta kata laluan yang ada nama kekasih baru anda atau artis jepun/korea yang anda suka kemudian tiada siapa dapat lihat apa yang anda cuba buktikan. Tidak rasa sia-sia dan jelik? Paling tidak, yang tida capaian itu yang jelik, bukan? Oh ya. Sebarang laman sosial sama juga.


DSC_3299



Jadi sila ulang apa yang saya mahu sampaikan ini; JIKA TIDAK MAHU ORANG LAIN TAHU APA YANG ANDA CUBA BUKTIKAN, SILA JANGAN LETAK DI INTERNET KERANA INTERNET UNTUK CAPAIAN AWAM DAN TERUSKAN CATIT DALAM BUKU NOTA ANDA DAN RASA KASIHAN DENGAN DIRI ANDA KERANA TIADA SIAPA MAHU MENDENGAR RASA ANDA, JIKA ADAPUN ANDA TERLALU BUTA DAN TULI UNTUK LUAHKAN ITU.


Namun, dalam setiap kejelikan itu, tetap ada yang indah di mata; gadis-gadis comey dan chantek.


DSC_4155


Opss...silap.


DSC_4164


Aduh. Silap lagi. Jangan muntah dulu!



DSC_0942


Ok. Fuh. Sekian

9 comments:

Anonymous said...

simple conclusion...sgt direct smpai ade org terase n ubah...

maybe lg direct dari mende yg ko bg kat group..smpai skrg xdifahami...

Unwitting Self said...

why so negative n bitter?

Jamil said...

Memang betul dah mental semua orang duduk kat Tampin ni

aw3rz said...

apos-haha.tu aku tak tau la. tapi kat group tu aku rase yang pandai sangat nak tules emel tu actually tak pandai sangat untuk berfikir panjang.oh wait.that explains.

rie-one answer for your question; this is my thingy. bitter or sweet, you just have to swallow it. or else, just press alt+f4. oh wait. thats anti-porn advertisement.
but still, you are free to give comments and i will not delete it (except if you send it twice like apos always did.hehe). you have my word.

jatak-ye saye. sangat-sangat mahu tinggalkan tampin ni. i need good looking girls to survive.hehe.joke2.don't kill me.

MZ said...

wah. video itu.
memang sangat bekerjasama dan berpadu tenaga.

Anonymous said...

uwaahh. ucoopp. chomey nyer. yippo yippo.

Anonymous said...

sekor gjh xnmpak kwnnye si gjh yg berzina depan mate...tp nmpak si kuman yg konon fasik kat seberang laut..

dan kuman yg dianggap fasik dan zionis itu yg mahu disondol, dipijak dan dihenyak sepuas2 nye...

sbb gajah 2 xmmpu bersondol dgn kwnnye si gjh penzina

aw3rz said...

an2blur-ye. sangat gigih tu. hampir lumpuh dah ucop

mongue-muahaha.ucop bajet comey.yippo yippo o

mohd hafiz-come on. this should be fun, right. not as depressing as this

Anonymous said...

salam ziarah ya akhi