Tak mahu sudah aku bercerita akan kebodohan ini.
Yang itu sangat-sangat pernah buat aku gembira. Lebih gembira daripada yang sebelumnya yang hanya sakitkan hati dan jiwa. Hampir gila. Tapi yang itu buat aku tenang, lapang, nyaman, aman dan segalanya.
Tapi tak semua yang baik bagi aku, baik bagi yang sekitar aku. Aku tak pernah mampu hidup sendiri. Aku tak pernah mampu berjalan dengan fikiran sendiri. Aku tak pernah angguk dengan apa aku kehendaki. Aku perlu akan sekitar aku. Aku perlu gembirakan sekitar aku. Aku adalah yang sekitar aku; keluarga, kawan-kawan dan kenalan. Jijik, tapi itu aku yang paling susah untuk berubah. Ya, jijik. Natijahnya, aku tak mampu untuk kenalkan itu dengan yang sepatutnya aku kenalkan.
Aku mahu diam sahaja hingga semua ini berlalu dan tiada lagi bukti akan pernah wujud itu. Tapi, mana mungkin untuk hilang kesemuanya andai kata itu buat apa aku hari ni.Semua cerita yang sama-sama aku kongsi, semua lagu yang sama-sama aku nyanyi, semua filem dan buku yang sama-sama aku ulasi, semua tangisan yang aku sama-sama rasai, semuanya. Tak mampu untuk aku campak jauh-jauh semua itu; atau aku akan campak hidup aku.
Tapi tak semua yang baik bagi aku, baik bagi yang sekitar aku. Aku tak pernah mampu hidup sendiri. Aku tak pernah mampu berjalan dengan fikiran sendiri. Aku tak pernah angguk dengan apa aku kehendaki. Aku perlu akan sekitar aku. Aku perlu gembirakan sekitar aku. Aku adalah yang sekitar aku; keluarga, kawan-kawan dan kenalan. Jijik, tapi itu aku yang paling susah untuk berubah. Ya, jijik. Natijahnya, aku tak mampu untuk kenalkan itu dengan yang sepatutnya aku kenalkan.
Aku tipu yang aku tipu agar agar aku tak perlu per-inci-kan atau aku akan jadi jijik, bukan? Dan aku diam kerna aku tak mahu kebodohan ini aku ulang-ulang, ulang-ulang, ulang-ulang, ulang-ulang, ulang-ulang, dan terus aku jadi jijik dengan diri sendiri. Terus jalan dan jangan toleh lagi. Aku akan kembali diam.
Tak mahu sudah aku bercerita akan kebodohan ini. Dan tak usah maafkan aku.
7 comments:
wahh aku suke gamba bunge tu! dan gamba tupai(?) sukee! wee!!
pstt: kene memantapkan lagi kuasa ditangan aku! :D
psttt: aku pon merasekan mcm ape yang kaw merasakan (dan aku menyesal bile aku tulis macam ni harharhr)
tak faham, tapi takpelah. asalkan happy
azah- a'ah.gambo tupai tu.tupai terbang.tapi ko rase macam aku rase?err.kureang paham lor
jatak-takpe.takya paham.dunie je tu.apa yang penting?kerjesame!haha
aku faham.
katakan,siapa yang tidak hidup untuk sekitarnya?
siapa yang dapat?
err.serunting ni sape ye?
tapi aku setuju ngan ko.
dan aku kagum ko paham
serunting ni bukan perempuan kan? haha. =)
aku pun nak cakap. aku faham doh apa ko rasa awe. hehe.
serunting bukan pompuan?tak tau plak.
toksah paham pun takpe.haha
Post a Comment