Monday, May 16, 2011

Satu Lagi Entri TL;DR Dengan Gambar Penuh Kehodohan Ditulis Sambil Dengar The Lazy Song Oleh Bruno Mars Tanpa Mahu Periksa Balik Apa Yang Ditulis

Ada sesetengah perkara yang kita tak mahu lalui lagi walaupun ditawarkan wang sejuta ringgit atau Leica M9 sekalipun.  Peperiksaan Ikhtisas Akhir adalah salah satunya.


Minggu-minggu menghampiri hari peperiksaan, gelas berisi minuman berkafeina jadi teman siang dan malam. Bioritma tidak lagi normal. Jika disukat cortisol dalam serum, tiada lagi pola diurnalnya. Tidur tidak lena mana lagi. Selamat ada pusher sasa dan berbulu yang bekalkan Midazolam.

Namun, walau bersila mengadap buku hingga dapat hip contracture pun, masih rasa tidak senang hati kerana tidak kerap ke wad seperti orang lain. Kebanyakan masa rasa malas bangun awal dan gosok baju kemeja. Selamat ada pusher yang paksa pergi atau ugut mahu putuskan bekalan Midazolam dan kafeina. Ketika itu baru sedar kepentingan ada kumpulan untuk ulangkaji sama-sama. Hanya Chuck Norris sahaja yang boleh jadi ranger seorang diri.

Kertas teori tiada apa yang menarik. Hanya ada soalan-soalan yang salah dijawab untuk digelakkan di masa lapang. Dan itu sangat banyak. Minggu kertas teori diakhiri dengan dentuman kutukan kepada keselamatan asrama kerana insiden pecah masuk terjadi sekali lagi - dalam 3 bulan. Dan disusuli dengan cubaan demi cubaan untuk tidur yang masih tidak berjaya.


Hari-hari senggang antara kertas teori dan klinikal selama 5 hari diisi dengan kunjungan ke wad. Baru sedar betapa masih janggal untuk buat pemeriksaan fizikal terutama yang sudah lama ditinggalkan - developmental assessment, neonatal screening, abdominal examination untuk ibu mengandung, funduscopy dan semua aspek dalam ENT. Kerana terlalu banyak yang masih belum mahir, rasa menyesal datang kerana tidak guna sepenuh masa sebelum ini. Mahu saja putus asa. Namun memikirkan betapa seksanya untuk hadapi semua ini sekali lagi, gagahkan diri juga. Di rumah berlatih pemeriksaan orthopaedik ke atas pesakit slip disc yang masih segar disahkan dari ladang.

Hingga tiba malam sebelum peperiksaan klinikal. Setelah siapkan semua barang yang perlu, tutup lampu dan bergolek ke semua arah. Lena seperti sudah dilupuskan dari kamus. Kepala membayangkan semua pemeriksaan fizikal dan kes-kes yang boleh masuk dan perbincangan mengenainya - tanpa henti. Malam tersebut adalah antara malam paling panjang yang diingati.


Tiba Subuh, hujan turun. Berdoa itu adalah hujan rahmat. Bersiap dan terus bertolak ke HUKM. Asalnya dijadualkan untuk mula sesi temuramah kes pukul 9.30 pagi. Namun, masa ditangguh beberapa kali. Setiap kali ditangguh, nadi naik hingga mampu buat angina. Mihun goreng sudah rasa payau. Hanya teh tarik yang buat ada rasa. Rasa perut memulas.


Pukul 10.00 pagi temuramah kes bermula. Setelah beri salam kepada pesakit, perkenal diri dan maklumkan itu adalah peperiksaan akhir, tanya masalah yang dihadapi. "Saya mengandung. Ada tiroid sekali." jawabnya disusuli oleh facepalm kepada diri sendiri. Mahu saja gigit katil dan chaperon yang cantik di luar kerana tak fokus betul-betul masa bincang kes seperti ini semalam.

Kerana tidak pasti samada ketua pemeriksa adalah pakar O&G atau Surgeri, walaupun hampir pasti adalah pakar O&G, sediakan dengan kabut dua bentuk pembentangan dengan keutamaan yang berlainan. Pemeriksaan fizikal dibuat dalam 10 minit terakhir. Memang kabut dan tak cukup masa. Lepas habis satu jam, 15 minit rehat yang diperuntukkan sebelum mula pembentangan digunakan untuk susun dan tulis apa yang penting. Masih tak sempat untuk buat sepenuhnya. Kepala sudah makin serabut.

Bila tiba masa, buka pintu dan lihat ada pakar O&G Hospital Ampang sebagai ketua pemeriksa, diapit oleh pakar bedah HUKM dan satu-satunya pakar rheumatologi USIM. Cuba untuk telan air liur walaupun mulut dan tekak kering dan ia bermula.


A 35-year old Malay lady, G3P2 at 26 weeks POA, known case of papillary carcinoma treated with total thyroidectomy and radioiodine therapy 10 years ago, with subsequent lifetime thyroxine therapy. She had another radioiodine therapy 2 months before the current pregnancy. Antenatally, besides late booking, it was uneventful. On physical examination, she was pallour, euthyroid, fundal height corresponded to 24 weeks POG but fetal poles were not palpable. Urine dipstick revealed glucose 4+.


Soalan-soalan yang dapat diingat.

  1. Will there be any hyperthyroid symptoms associated with the carcinoma?
  2. What is the purpose of the latest radioiodine therapy?
  3. What is the important aspect in determining the risk of any therapy received before the pregnancy towards the fetus?
  4. What is the most common complication of thyroidectomy?
  5. Give 5 symptoms of hypothyroidism?
  6. In view of history of total thyroidectomy, what do you look for in this patient?
  7. What are the changes to the breast in pregnancy?
  8. Why oral hygiene is important in pregnancy?
  9. What are straie gravidarum and linea nigra?
  10. Why the fetal poles are not palpable?
  11. Since the urine dipstick showed glucose 4+, how do you proceed?
  12. What is MOGTT? Is it diagnostic and how do you interpret the findings?
  13. How do you monitor the glucose control?
  14. What is your glucose level target? Is it within a range, or as long as not exceeding the normal limit?
  15. Besides the glucose control, what else you want to monitor in this patient?
  16. What do you look for in the detail scan?
  17. If the mother had hyperthyroidism during pregnancy, what is the complication to the child?

Semasa perbincangan, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi. Baru teringat tak beri telefon kepada penjaga peperiksaan dan tak letak dalam mod senyap. Buat muka selamba saja. Namun, apabila berbunyi lagi, hati sudah mencarut kepada Steve Jobs kerana buat notifikasi berbunyi dua kali. Selamat pemeriksa sekalian tak kesah sangat.

Berbunyi saja loceng tamat, terasa sangat ringan dan seperti mahu melayang. Ucap terima kasih kepada pesakit, jururawat dan pemeriksa semua, terus meluru ke tempat makan untuk minum air. Dahaga ya amat! Dan makan sambil bercerita dengan semua rakan-rakan lain seperti tak ada lagi peperiksaan petang itu.

Namun, lepas solat Zohor, tekanan kembali semula. Berbincang bersama rakan-rakan untuk kali terakhir, terutama untuk kes ENT dan opthalmology. Dari bilik kuarantin di bawa ke pintu hadapan untuk tunggu giliran. Masa itu sudah tak mampu fikir apa-apa. Hanya cuba untuk tenangkan diri dengan bangun dan duduk dan bangun dan duduk dan berjalan-jalan dalam bulatan. Tak adalah tenang sangat pun.

Lalu giliran tiba. Menunggu untuk kumpulan pemeriksa datang. Dari jauh mengharap bukan pakar mata atau ENT atau O&G sekali lagi. Sepatutnya tak akan dapat pengkhususan yang sama dengan kes pagi tadi mahupun pemeriksa yang sama. Namun itu tetap boleh terjadi dan memang terjadi pun. Lepas semua orang sudah dijemput oleh kumpulan pemeriksa mereka, akhirnya dari jauh nampak pakar endocrinologi dari Melbourne, pakar bedah HUKM dan pakar paediatrik dari CUCMS menghampiri.

"Hi! I'm Prof. Best. Nice to meet you. Let's see medical case first." Lepas menyambut salam beliau, mengekori dari belakang. Kes pertama adalah kes respiratori. Terasa sangat perlahan dan janggal ketika periksa kes tersebut. Hati sudah mahu mencarut kerana prestasi yang teruk. Habis periksa, selain ada clubbing, semuanya seperti normal. Pelik. Namun diminta auscultate sekali lagi, dan minta pesakit tersebut bernafas lebih dalam baru dengar middle to lower zone crepitation. Dan habiskan masa untuk dapatkan differential diagnosis sahaja - bronchiectasis, PTB, lung cancer, suppurative lung disease. Semuanya pun bukan. "Ventilation is normal but the gaseous exchange is affected," Prof. Best cuba untuk beri bayangan sambil membuat gerak tangan. Berbunyi saja loceng baru teringat, "Pulmonary fibrosis!" Hati tetap mencarut kepada diri sendiri walaupun Prof. Best senyum sambil mengangguk.

Kes kedua adalah pemeriksaan abdomen diuji oleh pakar bedah dari HUKM. "There was a mass at suprapubic area extending to the right illiac fossa and cannot get to the border below." Differential yang dicadangkan adalah TB of illeum dan caecal tumor sebelum diingatkan bahawa sempadan bawah ketumbuhan tersebut tak dapat dirasa. Jadi kemungkinan ia adalah ketumbuhan dari ruang pelvis. Maka differential yang sepatutnya adalah bladder tumor atau rectal tumor. Kemudian, beliau tunjukkan ada urine bag berisi hematuria. Soalan beliau, "Why the bladder is still distended although it was cathetherised?" Hanya mampu garu kepala sambil dengar beliau ulang, "There is hematuria. So?" Sekali lagi lepas diberi bayangan banyak kali baru dapat tangkap, "Blocked by blood clot!" Sambil loceng berbunyi.

Kes ketiga diketuai oleh pakar paediatrik dari CUCMS. Diminta untuk inspect wajah si cenonet dan nyatakan apa yang tidak normal. "There is Down syndrome facies as evidence by flat nasal bridge, hypertelorism, small mouth and protrusion of the tongue. There is no medial epicanthic fold." Minta kebenaran untuk periksa jika ada low set ear dan brachycephaly. Kemudian, beliau minta tunjukkan macam mana tentukan low set ear. "Make an imaginary line from lateral epicanthic fold to the occipital prominence." Terlupa untuk nyatakan kedudukan telinga relatif kepada garisan tersebut. Kemudian beliau minta teruskan untuk periksa bahagian lain. Di tapak tangan ada single palmar crease, namun tiada clinodactyly. Di kaki pula tiada clinodactyly dan saddle gap. "What are the common congenital anomalies associated with Down's sysndrome?" Terus jawab AVSD. "So, what system would you like to examine next?" Minta untuk periksa jantung. Buka sahaja baju ada parut sternotomy dengan dua stab wounds di kawasan xyphysternum. "What do you think the procedure the child underwent?" Tembak sahaja - septal repair. "Possible. What are other abnormality associated with Down syndrome?" Lalu sebutkan apa yang teringat. Bila fikir balik sepatutnya sebut ikut sistem. Bila berada di hujung kanan graf Yerkes-Dodson, memang teruk. Kemudian, beliau tanya bagaimana untuk periksa tone si cenonet tersebut. Lalu buat seperti periksa tone untuk orang dewasa. "Besides that." Buat head lag pula. "Umm. Besides that." Buntu terus. Senyap seketika sebelum beliau teruskan bertanya bagaimana untuk manage patient tersebut dan apa screening test yang perlu dibuat sebelum discharge? Tak ingat sudah apa bullshit yang dijawab. Hinggalah loceng berbunyi. Lalu beliau tunjukkan macam mana untuk periksa hypotonia dalam budak cenonet - 'slipping during vertical suspension/grip test' atau 'limpness during ventral suspension' hingga buat bentuk U atau C.

Habis saja kes terakhir, terus rasa penat yang teramat. Kepala sudah sakit. Tunggu di tempat makan untuk diperiksa semula jika atas pagar. Namun tak ada yang dipanggil.



Balik. Lepas maghrib, terus tidur. Antara tidur yang paling nyenyak sekali. Untuk hari-hari seterusnya, bangun pagi terasa sudah tiada halatuju. Apabila 6 tahun bersedia untuk satu hari yang sangat penting, apabila berlalu sudah hari tersebut, terpaksa untuk betulkan kembali orientasi dan cari halatuju baru. Dan memang yang baru ini sudah terbukti lebih mencabar.

Namun, sebelum itu, perlu buat ekspedisi makan sedap dan percuma dahulu. Dan tonton Emily dan Katie dalam skins. Yummy!

DSC_3693
DSC_3723
DSC_3720
DSC_4192

Hingga jumpa lagi, semua.

5 comments:

Sop said...

haha, bile ko sebut, baru aku ingat ade prof penah ajar test for hypotonia tu:

angkat budak dengan pegang ketiak die, kalau hypotonia, budak tak dapat tahan n tercicir.

aFiQaH said...

owh. entry ini sedikit scary n pd masa yg sama, sedey gak (the last part tuh). ape2 pun, anda telah berjaya! :) first USIM's doctors dh grad, so, doakn kami pulak thn dpn :) insyaAllah...

kekunang said...

waaa...ddah boley pggl anda doctor....huuu....

Doctor on Holiday- Siti Soleha said...

salam perkenalan ..
saya pun baru abes belajar dari USM :)

periksa final sangat mendebarkan.
serius tak mau ulang balik examtue..
rasa diri bukan diri sendiri..

gradutes USIM dah dapat panggilan induksi?

aw3rz said...

Siti Soleha - Selamat berkenalan! Kami belum kena panggil lagi. Korang bila start kerja?