Tuesday, April 5, 2011

Main Futsal Hingga Rasa Mahu Pitam Kerana Segala Oksigen Sudah Pergi Ke Lapisan Ketujuh Perut

05870028
05860024

Diminta untuk periksa sistem kardiovaskular seorang anak kecil. Letak saja stethoscope di dadanya, ada sejuta bunyi yang bercampur baur. Ok, sejuta terlalu banyak. Ada beberapa bunyi yang mengelirukan. Apabila diberitahu itu adalah patent ductus arteriosus, baru dapat tangkap kualiti bunyi umpama mesin. Dan rakan-rakan yang lain terus saja dapat dengar dengan jelas. Jelas juga nampak cataract di mata setelah tahu anak kecil itu ada congenital rubella.

Apabila yang otak tahu apa yang mahu dicari, itu yang pancaindera akan temui. Dan jika otak tak mahu peduli, terus segala deria menyepi.

Sebab itu pasal video lucah pun bersengketa pendapat.

2 comments:

apos said...

orang yang sokong jantan X akan kata itu bukan jantan X..

orang yang benci jantan X,akan kata itu jantan X...

rakyat marhaen yg malas nak pikir banyak akan kata itu jantan X gak...

hanya lelaki Y yang akan kenal jantan X..WTF X and Y??!!

Sop said...

perut buncit. sah tu apos.