Thursday, March 31, 2011

Jika Betul Dalam Fasa Manic, Mungkin Perlukan Lithium - Atau Minum Kopi Putih Yang Sangat Sedap

05840032
05840028
05840007

Menonton penghujung filem Artifical Intelligence. Babak di mana David tersekat bawah timbunan besi dalam laut dalam sambil merayu tanpa henti agar Blue Fairy jadikannya manusia betul sangat seram. Mahu saja berhentikan filem tersebut di situ. Tersekat seorang diri tanpa ada wajah yang dikenali adalah keadaan yang tak mahu ditempuh sesiapa. Apatah lagi untuk 2000 tahun.

Memang sudah naluri kita untuk berkumpulan. Jika hadiri sesuatu majlis, kita akan habiskan beberapa minit untuk cari wajah-wajah yang dikenali untuk bertegur sapa. Setelah habis kuliah, kita akan ikut orang dikenali untuk pilih pintu keluar dari dewan. Dan untuk makan sekalipun, menyuap nasi tanpa ada orang teman rasa sangat kasihan kepada diri sendiri.

Tapi orang lain boleh seret diri untuk jadi perlahan. Atau tolak dari belakang agar boleh pecut. Jadi pilih untuk berada dalam keadaan yang betul. Untuk tahu itu, perlu cuba sendiri dan bersedia untuk kecewa.

Tapi itu kurang penting jika dibandingkan dengan peperiksaan besar kurang dari 4 minggu lagi. Selamat bersedia dan berjaya semua.

0 comments: