Wednesday, November 11, 2009

Perasaan Penuh Syahdu Tinggal Di Bilik Yang Tiada Beza Siang Atau Malam Dek Tiada Sinaran Mentari Ditemani Penghawa Dingin Yang Tak Tutup 24 Jam

DSC_0368

Dalam lif mahu pulang, ada budak perempuan tegur.

"Doktor, spinocerebellar atrophy tu apa ya?"

Teranglah tentang fungsi cerebellar dalam mengawal pergerakan yang merosot.

"Siapa yang kena?" tanya balik.

"Saya tengok cerita tu."

"Cerita Jepun?"

"A ah!" sambil muka budak perempuan tu tersenyum lebar.

"One Liter of Tears?"

"Betul!" Muka paling ceria aku pernah tengok lepas satu hari tengok muka orang patah kaki dan tangan yang tak mahu senyum langsung. Ceria sebab dia dah kantoikan orang pakai kot putih yang suka tengok cerita tangkap leleh.

Umm. Alangkah menarik hidup kalau masih ada semangat inkuiri yang tinggi macam itu.

2 comments:

Anonymous said...

haha..kantoi fanboy

Sop said...

doktor, miyabi tu siape?

Blog Widget by LinkWithin