Thursday, April 23, 2009

Hobi Zaman Lampau

Belek-belek barang dalam almari lama. Terjumpa bebola ubi yang sungguh enak seperti yang dijual di Teras Jernang. Umm? Silap. Bahana lapar. Terjumpa bunga-bunga yang dibuat dari straw dan dicucuk atas polisterin berbentuk, umm, bebola ubi yang enak seperti dijual di Teras Jernang.

DSC_7515

Satu ketika dulu, dalam 10 tahun yang lepas, satu fenomena melanda negara (atau sebenarnya hanya keluarga aku?) - bunga straw. Setiap tempat menjual straw-straw untuk dipotong, diikat, dililit, digubah dan dibuang bila tak jadi seperti yang diidamkan. Aku sangat mahir dalam memotong, mengikat, melilit, menggubah dan membuang straw-straw yang kasihan itu kerana tak pernah menjadi. Cuma tertanya, mana pergi kegilaan ini semua?

DSC_7522

Kini yang menjadi kegilaan semua sangat berbeza. Flickr, DSLR untuk ambil gambar dan letak dalam Flickr, blog untuk ditayangkan gambar-gambar tak seberapa yang diambil dengan DLSR dan diletak dalam Flickr, Facebook untuk maklumkan kepada teman-teman laman blog yang mempamerkan gambar-gambar yang diambil dengan DSLR dan disimpan di Flickr. Mungkinkah semua kegilaan ini akan tinggal usang juga seperti bunga-bunga straw berhabuk di almari? Mungkin.

DSC_7509

Tapi sementara kegilaan yang tak bertempat itu belum dihinggap habuk, bak kata si janda Nora Danish, "Kita enjoy!" Untuk itu, aku menyeru sesiapa yang masih belum masukkan RM315 ke akaun aku, apalah kiranya berbuat demikian. Aku mahu sambung makan bebola ubi enak seperti yang dijual di Teras Jernang.

DSC_7538
Mungkin bukan bebola ubi yang enak?

11 comments:

MZ said...

Whoaaa..
Betul la. Dulu aku terel buat bung straw mcm Rose tu tau.

Ntah pergi mana kegilaan itu.

imyahus said...

awe menggubha bunga straw? biar betik?!! haha, betul ke jadi bunga, ke jadi benda lain eg. bola ubi??

ni aku nak remind kat ko, sebab ko yg suruh aku ingatkan, jangan lupa bagi duit rm5 kat aku, sebab aku deposit rm320 kat dalam akaun ko.. eheh

mokchique said...

nape lah pi geget bende plastik tuh~

aw3rz said...

an2blur-tu la.sekejap je mende tu glamer.

im-aku pandai dowh.hehe.amek straw tu, letak dalam gelas berisi aer, dan sedut.nyamam~.ok2.aku ingat la rm5 ko tu.

mokcik-lapo

Jamil said...

lepas ni klau jumpa straw lagi, boleh la gubah jadi bunga.

hidupkan kembali kegilaan bunga straw hoho

apos said...

straw bagi aku untuk memudahkan minuman jek..tapi ade la gak zaman2 mak aku smgt wat mnde 2..

p/s..tadi g bank islam,nk transfer ke akaun ko..tapi ter'kelua'kan duit 2 g blnje org pas hbs exm makan...camne yek??

Gades Manja said...

zaheer padai wt bunga straw?
nawok la...
haha~

bkper yg mu g kekoh bunga straw tuh,
ish3...
dop cukop makan ke duk dumoh pong?

mongue said...

aku tak pernah belajar buat straw tu sbb aku tau craze tu temporary je. aku tak indulge dalam benda2 sissy mcm tu.

hehe. saja bikin panas.

aw3rz said...

apos-aku tak kesah la.asal ko bayor.kalu tak pinjam duit sesape

makchu-dok reti pung.haha.lapo ngat tu sapa kekoh tu

monguesissy-aku tau ko tak wat mende2 sissy ni.mmg ade orang gae tak lembut pun

Sop said...

aw3rz - haha, aku penah terjebak dgn angsa kertas. bermula bila sorg patient mak aku bg hadiah satu angsa kertas yg sgt lawa.

mongue - mongue bajet the giver plak. we all know you're the receiver. tanye husz, hahaha.

mongue said...

hahaha. chembai ko usop. ko dah kena bising plak. apa rasa ucop?

awerz. ko tu sissy. malas la nak cite ehem2. haha